Kitāb Perubatan Melayu : Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah View larger

Kitāb Perubatan Melayu : Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah

New product

Kitāb Perubatan Melayu: Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah

Shaykh ‘Abbās Kuta Karang, Aceh Dar al-Salam

RM85.00
375 + xxiv halaman.
ISBN: 978-967-14748-6-0
Terbit: 2017

More details

RM85.00

More info

Kitāb Perubatan Melayu: Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah

Shaykh ‘Abbās Kuta Karang, Aceh Dar al-Salam

RM85.00
375 + xxiv halaman.
ISBN: 978-967-14748-6-0
Terbit: 2017

 

Kitāb Perubatan Melayu: al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah merupakan sebuah kitāb yang mengkhusus kepada ‘ilmu perubatan yang bersifat Islamik dan saintifik, ditulis oleh Shaykh ‘Abbās Kuta Karang, seorang ulamā’ berasal dari Aceh (w. November 1895). Penulisannya mengambil masa empat tahun dan selesai pada 1853, sejurus sebelum berlakunya perang saudara Aceh pada 1854.

 

Kitāb Perubatan Melayu: al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah terdiri dari lima bāb yang mengandungi unsur asas kepada tubuh badan manusia, bahan-bahan makanan dan ubatan, faktor yang mempengaruhi keadaan kesihatan, ubat-ubatan untuk beberapa penyakit terpilih dan penyakit-penyakit ‘am. Penggunaan kata tempatan Aceh dalam menamakan penyakit dan bahan ubatan dalam kitāb ini memperkayakan periṣṭilāḥan perubatan yang belum terdapat dalam mana-mana kamus iṣṭilāḥ perubatan Melayu, samada yang diusahakan oleh pihak kolonial atau badan berwajib selepas kemerdekaan.

 

Kitāb ini mempunyai sumbangan yang jelas terhadap ilmu perubatan, periṣṭilāḥan perubatan dan fenomena bahasa serta mempunya beberapa sisi-sisi menarik yang menanti untuk dibahas dan dikaji sarjana perubatan, botani, zoologi, mineral, bahasa, sejarah, serta kebudayaan.

 

Shaykh Abbas sepanjang hayatnya pernah menjadi qāḍī dan penasihat kepada dua sultan Aceh, serta bekerjasama dengan Tengku Chik di Tiro dalam perang Sabil menentang Belanda yang meletus pada tahun 1873.

Reviews

Write a review

Kitāb Perubatan Melayu : Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah

Kitāb Perubatan Melayu : Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah

Kitāb Perubatan Melayu: Al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah

Shaykh ‘Abbās Kuta Karang, Aceh Dar al-Salam

RM85.00
375 + xxiv halaman.
ISBN: 978-967-14748-6-0
Terbit: 2017

1 other product in the same category: