Hak Asasi Manusia: Dalam Islam & Deklarasi PBB - HAMKA View larger

Hak Asasi Manusia: Dalam Islam & Deklarasi PBB - HAMKA

New product

Format: Kulit Nipis
ISBN-13: 9789839422498
Tahun Terbit: 2002
Jumlah Muka Surat: 368
Berat (kg): 0.465
Penulis: Prof. Dr. Hamka
Penerbit: Pustaka Dini

More details

RM25.00

More info

Format: Kulit Nipis
ISBN-13: 9789839422498
Tahun Terbit: 2002
Jumlah Muka Surat: 368
Berat (kg): 0.465
Penulis: Prof. Dr. Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
===========================
 
 
Jika kita menilik sejarah timbulnya segala konsep Hak Asasi Manusia, sama ada dari permulaannya di Inggeris kemudian di Amerika, juga di Perancis, pada Perang Dunia Pertama, dan Perang Dunia Kedua. Malah mungkin sekarang, era dunia tanpa sempadan dengan dalih membenteras keganasan; semuanya adalah usaha manusia Barat membebaskan diri daripada perhambaan, mencari kemerdekaan yang sejati, sama ada peribadi mahupun untuk bangsa. 

Tetapi, apabila keadaan telah agak merdeka, mulailah timbul kembali nafsu-nafsu jahat manusia, lalu berusaha dengan pelbagai daya agar deklarasi-deklarasi itu tetap termaktub sebagai "Barang Suci", tetapi tidak dijalankan kalau akan merugikan diri, dan teruslah dipropagandakan dan diperbesarkan, kalau kita yang beruntung dan orang lain dapat dirugikan. 

Demikian, manusia yang mencari Hak Asasi Manusia; yang dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan merdeka. Seperti diucapkan oleh Saidina Umar bin Khattab, Kalifah ke-2 dari Rasulullah (S.A.W.) pemimpin Daulah Islamiyah, yang berkata bahawa : "...Mengapa hendak kau perhambakan manusia, padahal dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan merdeka?" Perkataan ini telah diucapkan lebih 14 abad yang lalu, jauh sebelum wujudnya Deklarasi ciptaan Barat. 

Dalam perkara inilah Prof. Dr. Hamka memberi penilaian dan pandangan Islam tentang Hak Asasi Manusia dan membandingkannya dengan Deklarasi PBB yang menjadi rujukan manusia sejagat. 

 
Isi Kandungan
 
BAB 1 : SYARIAT ISLAM 

Apakah Erti Syariat Islam? 

  Pengertian Syariat
  Manusia Memerlukan Islam 
  Dakwah Islam Untuk Seluruh Manusia 
  Dasar-dasar Syariat Islam 
  Tujuan Dari Jalan Mencapainya 
  Apakah Perkara Yang Termasuk Dalam Cakupan Syariat Islam?
  Kesimpulan

Fahaman yang Mengelirukan 

  Tepat Pada Masanya 
  Krisis Politik Mesir 
  Kabinet Sa'ad Zaghlul Pasya Jatuh 
  Ayah Saya Kembali Dari Muktamar Ulama di Kaherah (1926)
  Ingin Pembaharuan 
  Kebangkitan Sarjana-sarjana Islam
  Apologi ?

Islam Untuk Dunia dan Akhirat 

  Khalifah Allah 
  Kota Mekah 
  Kekuasaan Allah Adalah Mutlak 
  Hubungan Dengan Kuasa Ansar 
  Bai'at Aqabah Yang Kedua 
  Hijrah 
  Dengan Orang Yahudi 
  Kesan Syaikh Mahmoud Syaltout
  Hijrah Sebagai Deklarasi Kemerdekaan Jika 
  Terkabul 
  Agama : Dunia dan Akhirat 

BAB 2 : ISLAM : AKIDAH, SYARIAH & IBADAH 

Islam, Akidah, Syariah dan Ibadah 
  
  Pendahuluan 

Akidah 

  Apa Erti Akidah 
  Akidah Tumbuh SEcara Semulajadi 
  Makruf dan Munkar
  Hubungan Akidah Dengan Masyarakat 
  Mengenal Allah 
  Keindahan 
  Meramu Alam Mencari Tuhan 
  Tiada Tuhan melainkan Allah 
  Iman Kepada Muhammad (S.A.W.)
  Iman Kepada Qada' dan Qadar 
  Jika Akidah itu Diperas 
  Melihat Islam Sebagai "Orang Dalam" 
  Pesan Kenegaraan 
  Ketaatan 
  Keadilan 

Syariah 

  Iman dan Amal Salih 
  Membuat Undang-undang dan Kebebasan Berfikir 
  Negara adalah Bahagian Dari Agama 
  Perbandingan Masjid Dengan Gereja 
  Kemerdekaan Belum Berisi 
  Di Tanah Air Indonesia 
  Kenang-kenangan Syariat Islam 
  Prof. D.r Hazairin SH Tentang Syariat Islam 
  Pesanan Dari Rasulullah 
  Penegak Keadilan 
  Korupsi 
  Jauhi Penguasa Yang Zalim 
  Jangan Ambisi (Inginkan Pangkat)
  Amar Makruf Nahi Munkar
  Jihad Yang Paling Besar
 
Ibadah 

  Mahu Atau Pun Tidak Mahu!
  Bercermin Kepada Alam
  Nikah Kahwin 
  Hidup dan Usaha 
  Hadis-hadis 
  Bangun Pagi-pagi 
  Keberanian Hidup 
  Masuk Pasar 
  Saudagar-saudagar Yang Jujur 
  Pertanian 
  Upah Buruh 
  Tujuh Orang Yang akan Mendapat Perlindungan 
  Semuanya Ibadat 
  Di Sini Perlunya Jihad 


BAB 3 : HUBUNGAN ANTARA AGAMA & NEGARA MENURUT ISLAM 

Hubungan Antara Agama dan Negara Menurut Islam 

  Iman Sebagai Dasar Beragama 
  Iman dan Amal Salih 
  Kristian dan Negara 
  Yahudi dan Negara 
  Sikap Islam Terhadap Negara 
  Akidah dan Syariah 
  Pemisah Agama dengan Negara 
  Dari mana Timbulnya Kata-kata ini? 
  Islam dan Negara 
  Politik Pertahanan Negara 
  Penutup 
 
BAB 4 : HAK ASASI MANUSIA DALAM DEKLARASI PBB DAN ISLAM 

Perbandingan Antara Hak Asasi Manusia Dalam Deklarasi PBB dan Islam 

  Pendahuluan 
  Mengenai Materinya 
  Ghetto (Daerah Kediaman Orang Yahudi)
  Hak Wanita 
  
Hukum Murtad 

Islam Suatu Sistem 

  Tidak Ada Paksaan Dalam Agama 
   Islam Dimajukan Dengan Pedang 
  Teknik Propaganda 
  Tidak Ada yang Menyukai Murtad 
  Negara-negara Islam Menerima?
  Seruan Kita

Majlis Umum PBB Mengumumkan 


BAB 5 : ISLAM BANGKITKAN KEMERDEKAAN & KEBERANIAN     

Doktrin Islam Menimbulkan Kemerdekaan dan Keberanian 

Hapsak Pancasila
 

Penulis 

Nama : Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Dr. Syekh Haji Abdul Karim Amrullah

Image result for hamka
 
 
 

(Sumber gambar : Wikimedia)

Nama yang sangat dikenali sehingga hari ini iaitu 'Hamka'. Beliau adalah seorang tokoh yang tersohor di dalam bidang penulisan. Hal ini terbukti apabila sampai sekarang hasil-hasil penulisan beliau masih dibaca dan diterbitkan semula.

Hamka lahir pada 17 Februari 1908, di Meninjau, Sumatera Barat dan kembali ke Rahmatullah Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah, Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan penulisan kreatif dan prolifik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam tersohor.

Beliau telah berjaya menulis dan menghasilkan buku dan novel yang telah dikenali di Malaysia dan Indonesia. Antara karya beliau yang dikenali ialahDi Bawah Lindungan Ka'bah, Tenggelamnya Kapal van der Wijick, 1001 Soal Hidup, Tasawuf moden dan banyak lagi.

(Sumber : wikipedia)

Reviews

Write a review

Hak Asasi Manusia: Dalam Islam & Deklarasi PBB - HAMKA

Hak Asasi Manusia: Dalam Islam & Deklarasi PBB - HAMKA

Format: Kulit Nipis
ISBN-13: 9789839422498
Tahun Terbit: 2002
Jumlah Muka Surat: 368
Berat (kg): 0.465
Penulis: Prof. Dr. Hamka
Penerbit: Pustaka Dini

30 other products in the same category: