Tarbiyatul Aulad - Jilid 2 View larger

Tarbiyatul Aulad - Jilid 2

New product

Tajuk: Tarbiyatul Aulad Jilid 2
ISBN: 978-967-366-285-2 
Muka Surat: 840
Saiz: 6'' x 9''
Berat: 1.07 kg
Penulis: Dr. Abdullah Nasih Ulwan

More details

RM75.00

More info

Tajuk: Tarbiyatul Aulad Jilid 2
ISBN: 978-967-366-285-2 
Muka Surat: 840
Saiz: 6'' x 9''
Berat: 1.07 kg
Penulis: Dr. Abdullah Nasih Ulwan
=========================
 
Ibarat nakhoda yang bijak mengemudi kapal supaya selamat tiba ke destinasi, begitulah cabaran dalam melayari samudera kehidupan sebagai ibu bapa. Oleh itu, mendidik anak yang semakin membesar mempunyai cabaran yang tersendiri. Berbeza anak, lain pula cara pendekatan yang perlu diaplikasi oleh ibu bapa. 

Tarbiyatul Aulad Jilid 2, karya Dr. Abdullah Nasih Ulwan menggariskan pendekatan pendidikan yang efektif bagi diteladani oleh anak-anak. 

Temui perbincangan menarik dalam jilid ini:

- Tanggungjawab Memberi Pendidikan Seks

- Kaedah Pendidikan Anak yang Efektif

- Kaedah-Kaedah Asas Pendidikan

==============================
 
Mencari pasangan hidup yang terbaik, inilah permulaan untuk mendidik anak yang terbaik. Pasangan yang hidup atas dasar cinta kerana Allah akan menjadikan Islam sebagai bekal pendidikan yang terbaik buat anak mereka.

Dunia buku dan perpustakaan Islam masih kekurangan buku-buku yang membincangkan secara menyeluruh tentang pendidikan anak-anak secara khusus sejak kelahiran sehingga umur baligh. Buku Tarbiyatul Aulad ini bagaikan satu mutiara indah yang menyinari dunia pendidikan anak-anak. Hanya Allah yang maha mengetahui berapa banyak usaha dan rujukan yang dibuat oleh penulisnya, Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam menghasilkan buku ini.

Ia mengupas tajuk pendidikan anak bermula dari awal perkahwinan, kelahiran, peringkat mumaiyiz dan sehingga peringkat mukalaf, iaitu anak-anak dipertanggungjawabkan dengan pahala dan dosa masing-masing. 

Buku ini menerangkan cara-cara yang praktikal untuk membina masyarakat yang baik dan membentuk generasi ideal. Isi penulisan dikupas rapi untuk menjelaskan kaedah terbaik mendidik anak menjadi manusia yang bermanfaat dan rela berjuang untuk Islam.

Penulis juga membincangkan perihal kecenderungan anak-anak kepada seks, cara mencegah mereka terjebak dengan kancah maksiat dan menyediakan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan. Topik ini begitu penting dengan pelbagai cabaran moden dan gejala sosial yang menakutkan seluruh masyarakat kini. 

Uniknya buku ini, penulisnya hanya memetik kata-kata penulis Islam sahaja, tanpa merujuk kepada kata-kata orang asing, melainkan jika benar-benar diperlukan. Beliau menulis buku pendidikan untuk orang Islam, berdasarkan dalil Quran, rujukan hadis, dan cara generasi umat Islam yang terbaik sejak zaman Rasulullah dan cara terkini.

 

Reviews

Write a review

Tarbiyatul Aulad - Jilid 2

Tarbiyatul Aulad - Jilid 2

Tajuk: Tarbiyatul Aulad Jilid 2
ISBN: 978-967-366-285-2 
Muka Surat: 840
Saiz: 6'' x 9''
Berat: 1.07 kg
Penulis: Dr. Abdullah Nasih Ulwan

28 other products in the same category: