اقرأ

Baca itu, satu kuasa luar biasa.

Baca itu, mampu merubah bangsa lembik, jadi perkasa.

Baca itu, membuka apa yang rapat tertutup, jadi celik.

Dan kerana itu, kami berbangga dapat membantu masyarakat untuk MEMBACA.

Moga dengan itu, kita tidak terus pejam dalam celik.

Tidak lagi buta ditindas duniawi durjana.

- Muhd Iqbal Samsudin
.

Sebagai mana risalah kenabian yang mulia kepada Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam dimulakan dengan kalimah agung suruhan Tuhan, "Iqra'", maka dengan itu saya juga ingin mulakan dengan kata mulia ini...

اقرأ

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."
Ahlan ahlan
Ahlan wa Sahlan!
Selamat Datang ke ibnuDDin Bok Shop.
"HUB BUKU SEMESTA"
Satu ketika, ada orang mengatakan kepada saya, "Mengapa jual buku? Untung dah la tak banyak mana."
Mudah jawapannya.
"Kerana ilmu itu adalah sesuatu yang terlalu besar nilainya. Tambah lagi ilmu-ilmu agama, yang membawa manusia mengenal Allah, yang membawa manusia dekat dengan Allah.
Tiada apa yang menggembirakan lebih dari hal ini, memudahkan insan lain mendalami ilmu dan memudahkan insan lain mengenal Peciptanya.
Bukanlah untung manusia yang didambakan sangat, tetapi keuntungan kita di akhirat nanti yang lebih besar untungnya."
Moga Kedai Buku Online ini dapat memenuhi citarasa anda dan membantu anda untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan.
Kami menjual buku-buku daripada penerbit-penerbit seperti berikut :
PTS
Galeri Ilmu
Kemilau Publika
Pustaka Azhar
al-Hidayah
Jasmin
Klang Book Center
Hijjaz Record
Inteam
Telaga Biru
Karangkraf
Karya Bestari
Must Read
Pustaka Jiwa
Pustaka Syeikh Nuruddin
Ustaz Sharhan Safie
Seribu Dinar
Pustaka Cahaya Kasturi
Sebarkan Bahagia Resources
Penerbit Syabab
Dubook Press
Dan lain-lain...
Selamat membeli dan menambah ilmu pengetahuan.
Jazakumullahukhairan!^^